Semoga berjaya..
Published on August 7, 2004 By Kuchik In Welcome
Seumur hidup dilalui tanpa matlamat yang tetap. Ada masa ia lebih terarah kerana paksaan atau sekadar untuk memuaskan hati. Masa untuk mengubah semua itu. Masa untuk lebih menyusun perjalanan harian agar lebih bermakna, agar lebih jelas akan tujuannya.

Semoga berjaya. Dan di sini akan menjadi titik permulaannya. Kerana di sini akan mencatatkan semua pergerakan yang telah, sedang dan akan dilakukan. Pertama sekali ialah untuk mencapai target untuk pointer yang lebih baik semester ini. Dan yang paling penting ialah aku tidak menghabiskan masa dengan sia-sia di sini. Insya Allah.

Pertingkatkan lagi usaha. Usaha untuk menjadi orang yang lebih cemerlang, insya Allah. Dan kurangkan masa yang dibuang tanpa apa-apa. Kerana setiap saat adalah sangat penting. Dan aku perlu merancang dari sekarang. Dengan lebih teliti.

Comments
on Aug 07, 2004
Whats the meaning of all these ?